berita

Justin Bieber Disebat Dengan Tali Pinggang

November 20th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-11-20 at 11.24.03 AM

Kami pasti anda sekarang sedang tergelak besar pabila membaca tajuk diatas, kan? Bukan sekadar tajuk gimik, tapi inilah yang berlaku dalam sebuah rancangan televisyen Between The Fern yang dihoskan oleh Zach Galifianakis.

Bagi anda yang tidak tahu, Zach Galifianakis adalah stand up comedian yang popular di Amerika. Dan ya, dia juga adalah salah seorang pelakon filem The Hangover.

Namun, bukan itu yang mahu kami cerita. Sekali lagi, sebenarnya kami pun turut sama tergelak selepas menonton video ini yang benar-benar terjadi. Kami berani bertaruh bahawa ada antara anda yang sudah lama mahu melihat seseorang melakukan sesuatu seperti ini kepada Justin Bieber, kan?

Screen Shot 2013-11-20 at 11.25.41 AM

Justin ketika disebat oleh Zach. You see that Beliebers?

Tak cukup disitu, selebriti berusia 19 tahun ini juga telah menerima soalan yang kami sendiri sudah lama tunggu untuk berikan. Antaranya ialah,

  • “Is it fun to be cocky?”
  • “When you’re in the recording studio do you ever think, ‘Hey, what if I don’t make something shitty?”
  • “You’ve had three hairstyles. What’s next for your career?”
  • “You’re too young to be smoking pots and peeing in buckets and driving up and down the highway fast.”

Seperti biasa, walaupun ia hanyalah sekadar rakaman dan mungkin sudah dirancang, namun ianya tidak menyekat diri kami dari puas melihat Justin Bieber begini.

Apa pun, pada anda yang sudah tidak sabar untuk melihat Justin disebat dengan tali pinggang, mari tengok video ini sampai habis!

SKIP THIS AD ×