Pada hari Ahad (19 Mei) yang lepas, telah berlangsungnya Billboard Music Awards 2013 yang diadakan di Nevada.
Apa yang kelakarnya, penerima anugerah ‘Milestone Award’, Justin Bieber dikatakan telah di-boo oleh sekumpulan penonton yang hadir menyaksikan majlis anugerah itu.
Penyanyi itu dikatakan telah lama dikritik oleh orang ramai ekoran insidennya bergaduh dengan seorang jurugambar dan datang lewat dua jam ke konsertnya sendiri di London.
Walaupun tidak mendapat tepukan dan sambutan yang diharapkan, Bieber tetap memberi ucapan yang agak beremosi mengenai tajuk-tajuk akhbar yang merujuk kepada kontroversinya sebelum ini.
Pada usia 19 tahun, saya rasa saya dah buat yang terbaik dalam kerjaya saya. Dan sejujurnya dari hati, saya cuma mahu katakan yang ia sepatutnya mengenai hal muzik saya sahaja.
Justin Bieber berucap ketika menerima anugerah
Ini bukan gimik. Saya seorang selebriti dan saya sepatutnya dipandang serius. Isu dan kontroversi mengenai saya tidak sepatutnya diperkatakan.
Selain daripada insiden-insiden yang disebutkan di atas, Bieber juga dikecam hebat apabila dia pernah meludah dan mengugut mahu membunuh jirannya dalam satu pertengkaran.
Terdahulu, dia juga dikatakan semakin liar apabila polis menjumpai ganja dipercayai milik Bieber ketika bas yang dinaiki Bieber untuk persembahan jelajahnya ditahan di Sweden.
Mengenai kisah percintaannya pula, Justin Bieber dan Selena Gomez telah disahkan berpisah pada tahun baru yang lepas tapi hubungan mereka nampaknya masih lagi baik apabila masing-masing dilihat berlaga pipi di belakang pentas.
Jom tengok video Justin Bieber kena boo kat bawah ni.