Ahad lepas, Justin Bieber baru sahaja melancarkan single terbarunya bersama R. Kelly menerusi lagu mereka berjudul Put You Down atau singkatannya PYD.
Bercakap menerusi sebuah laporan media tempatan, R. Kelly telah melahirkan rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Bieber dan dalam masa yang sama, dia turut merasa besar hati kerana penyanyi remaja itu sudi memilihnya untuk sama-sama menyanyikan lagu PYD.
Secara umumnya lagu ini merupakan tracks terbaru Bieber setelah penyanyi tersebut melancarkan enam single terbarunya beberapa bulan lepas menerusi lagu All Bad, Bad Day, Hold Tight, All That Matters, Heartbreaker dan Recovery.
R. Kelly teruja bekerjasama dengan Justin Bieber
Untuk makluman, pada ketika ini Bieber juga sedang sibuk menjalankan siri jelajahnya yang dikenali sebagai Believe Tour, sempena mempromosikan album Believe yang baru sahaja dilancarkan pada September tahun lepas.
Menerusi laman sosialnya, malam ini Bieber dikatakan akan berada di Mexico City dan bakal menghiburkan hampir 60 ribu peminatnya di sana.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Justin Bieber, di sini OHBULAN! selitkan audio untuk lagu terbarunya bersama R. Kelly untuk rujukan anda semua. Enjoice!
http://www.youtube.com/watch?v=RTb0ZaLOrYc