Nampaknya, tak habis-habis lagi bintang remaja ini timbul dengan kontroversi baru. Jika baru-baru ini dia dikatakan telah meminta pengawal peribadi mengangkatnya ketika menaiki Tembok Besar Cina, kali ini dia sudah berani menumbuk pengurus artis lain pula.
Menerusi laporan dari sebuah portal luar negara, Justin Bieber telah menumbuk pengurus seorang dj yang sedang membuat persembahan gara-gara permintaannya tidak ditunaikan.
Tidak tahu apakah yang menyebabkan dia berani bertindak demikian namun menerusi laporan yang sama, Justin telah menaiki pentas dan meminta dj berkenaan untuk memainkan lagu Hip-Hop sedangkan dj tersebut bermain genre muzik yang berlainan.
Gambar diatas dipercayai ketika kejadian berlaku
Akibat tidak mengendahkan permintaannya, Justin telah menumbuk pengurus dj tersebut sebelum berlari ke arah belakang pengawal peribadinya.
Perkara ini terbukti apabila dj tersebut yang mempunyai lebih 120 ribu pengikut dan terkenal di seluruh dunia telah menulis beberapa buah tweet yang ditujukan pada Justin Bieber.
Nampaknya, selebriti berusia 19 tahun ini sudah berani melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Dan sehingga kini, kebanyakan dj-dj dari industri Electronic Dance Music (EDM) mula memberikan respon terhadap sikap Justin Bieber.
Sumber : EDM Tunes