berita

K-Pop : Sun ‘Wonder Girls’ Bakal Kahwin Januari 2013!

November 28th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bukanlah sesuatu yang janggal jika kami sebut mengenai kumpulan ‘Wonder Girls’. Apa lagi mereka ini sudah mula mencipta nama di hati peminat Malaysia lebih kurang 3 tahun lalu bila lagu ‘Nobody’ hangat dimainkan dicorong-corong radio tempatan.

Namun bukan itu yang mahu OHBULAN! tekankan. Sun atau nama penuhnya Min SunYe, 23, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang juga merupakan orang Korea berwarganegara Kanada. Tidak dapat dipastikan apakah nama sebenar bakal suami Sun ini, namun menurut AllKpop, dia adalah sukarelawan yang sedang berkhidmat di Haiti dan 5 tahun lebih tua dari Sun.

Menurut sebuah e-mail yang dihantar oleh pihak pengurusan ‘Wonder Girls’, JYP Entertainment memberitahu bahawa Sun akan berkahwin pada 26 Januari 2013, lebih kurang 2 bulan dari sekarang.

Untuk pengetahuan, Sun adalah antara 3 orang ahli paling lama semenjak ‘Wonder Girls’ ditubuhkan pada tahun 2007. Turut bersamanya ialah Yeeun dan Sohee yang sama-sama menyertai kumpulan ini pada diperingkat awal penubuhannya.

Jom lihat wajah bakal suami Sun selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×