Penyanyi, Usop meluahkan rasa kecewa terhadap trend terkini yang mengangkat sesetengah pempengaruh dengan mudah untuk menjadi penyanyi.
Artikel Berkaitan: Timang Cahaya Mata Pertama, Usop Luah Rasa Syukur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usop Menangis Bila Tahu Bakal Jadi ‘Daddy’, Peminat Pesan Jaga Isteri Dengan Baik – ‘Peringkat Awal Lagi Tu, Semoga Dipermudahkan’
Tidak adil buat penyanyi
Menurut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor sedar bahawa ketika ini penyanyi tempatan banyak bersaing dengan pempengaruh.
Pempengaruh juga dilihat senang untuk menapak di dalam industri muzik sedangkan bagi sesetengah penyanyi ianya bukanlah satu perkara yang mudah untuk bergelar anak seni.
Dulu saya asalnya dari program relaiti TV sangat susah nak jadi artis tapi sekarang senang.
Saya dulu uji bakat pukul 6 pagi dan selesai pada pukul 2 pagi keesokan harinya. Tetapi kita boleh tengok kualiti dari artis program realiti berbanding dari media sosial. Kami ada pengalaman bernyanyi secara langsung di atas pentas.
Usop berkata demikian ketika ditemui bual OhBulan! pada tayangan perdana filem Mat Kola di Tropicana Garden, Kota Damansara baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun ini sama sekali tidak tergugat dengan mereka namun dia berasa tidak adil dan menyifatkan segelintir pempengaruh sebagai perosak muzik.
Saya tak rasa tergugat, tapi saya rasa tidak adil. Kenapa industri jadi macam ini? Kadang-kadang keluar lagu merepek.
Bukan saya nak kutuk, tapi kenapa nak rosakan industri muzik Malaysia?
Penyanyi dahulu sangat susah nak hasilkan muzik yang baik tetapi sekarang lagu-lagu merepek lagi senang naik malah dijemput ke stesen radio.
Ekoran itu, Usop berharap agar persaingan sihat diwujudkan agar bakat yang sebenar dapat diangkat dan dinilai selayaknya.
Harapan saya kalau boleh industri muzik Malaysia ini kena ada satu platform untuk artis dan pempengaruh untuk sama-sama bertanding bakat masing-masing.
Untuk info, Usop antara pelakon yang membintangi filem Mat Kola yang turut menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Rozita Che Wan, Ropie Cecupak, Taiyuddin Bakar serta ramai lagi.
Filem pertama arahan Hafiz Nafiah ini telah pun ditayangkan di pawagam tempatan bermula 21 September 2023.