berita

‘Nak Jadi Penyanyi Ke Nak Jadi Pengemis?’ – Nadeera Sedih Dicemuh Netizen

September 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Nadeera Pengemis

Penyanyi, Nadeera meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai ‘pengemis’.

Artikel Berkaitan: Pakaian Tak Sesuai Dengan Lagu Ketuhanan, Nadeera Zaini Mohon Maaf Janji Perbaiki Kesilapan

Artikel Berkaitan: Nadeera Zaini Kena ‘Face Shaming’, Ibu Bapa Nangis Baca Komen – ‘Ada Yang Kata Muka Saya Macam Ba**’

Mencari rakan kerjasama

Nadeera Pengemis

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IG), Nadeera mendedahkan mesej berbaur cemuhan tersebut yang diterima daripada pengikutnya.

Mesej berkenaan adalah susulan penyanyi itu kerap memuat naik hantaran bagi mencari penaja untuk muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Emas.

Baca DM macam itu rasa macam nak kemas beg baju sekarang juga, nak balik Mersing. Sedih, sayu tapi apa boleh buat? Ini yang Nad suka, ini yang Nad pilih, ini yang Nad idamkan.

Nad dah ada dalam industri hiburan 11 tahun sejak Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 tahun 2012 sampailah sekarang.

Bayangkan masa yang Nad dah korbankan untuk berada di tahap ini. Sedangkan tahap ini bukan megah mana pun, Nad masih lagi struggle untuk berlari, untuk dikenali. Cuma Nad anggap Big Stage sebagai peluang kedua untuk Nad.

Ada sebab tersendiri

Nadeera Pengemis

Penyanyi berusia 30 tahun itu menolak dakwaan sedang ‘mengemis’ malah dia mempunyai sebab tersendiri untuk mencari rakan kerjasama.

Nad tak ada muka lawa, Nad tak ada duit banyak, Nad tak ada harta yang melimpah tapi Nad ada semangat. Semangat yang tak akan luntur untuk terus berjuang.

Nad bukan siapa-siapa, jadi Nad perlukan kolaborasi dengan mereka yang berpengalaman. Bukan mengemis tetapi mahu belajar sesuatu dan berkongsi ilmu.

Mengemis satu kata yang melukakan hati Nad, tapi Nad ambil ia sebagai ubat. Ubat yang akan terus menguatkan Nad untuk meneruskan perjalanan dalam bidang yang Nad cintai ini.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini itu tetap bersyukur dan menghargai sokongan setiap peminatnya.

Untuk mereka yang sokong Nad, terima kasih ikhlas dari lubuk hati. Teruskan menyokong okay.

Terdahulu, penyanyi tersebut memuat naik kritikan individu tersebut yang dilihat kurang senang terhadap tindakannya itu.

Tak habis-habis la kolaborasi. Lawak la. Lagu dah sedap dah tapi bila tengok IG Story pening pulak.

Aku tengok hari-hari kau post macam ini. Nak jadi penyanyi ke nak jadi pengemis?

Sumber: Instagram Nadeera

SKIP THIS AD ×