berita

Kafe Kendalian Belia Autism Kementerian Belia Dan Sukan Mula Beroperasi. Salutelah KJ!

January 17th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Orang Kelainan Upaya atau OKU tidak wajar disisihkan. Tidak kira jenis kelainan yang dialami, kita sebagai ahli masyarakat mestilah memberi sokongan dan peluang untuk mereka lebih maju dalam hidup.

Mereka juga mempunyai cita-cita ke depan dan memperbaik kelemahan diri. Inisiatif yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan untuk belia autisme memang terbaik! Nampak tak ada beza pun dengan kafe biasa, sama standard lagi tau!

Beroperasi sejak 9 Januari lalu, siap serve KJ!

Kafe ini dibuka secara rasmi pada 9 Januari lalu. Mereka siap serve menteri tall, dark and handsome, Khairy Jamaluddin Abu Bakar lagi.

Menurut KJ, pelancaran kafe ini amat besar maknanya kerana ia menandakan bermulanya peranan ILKBS untuk menawarkan pelbagai kemahiran kepada golongan belia autisme bagi memberi peluang buat mereka mencapai potensi sebenar masing-masing.

Dekat mana? Menara KBS, Presint 4, Putrajaya

Menurut Facebook rasmi Institut Kemahiran Belia dan Sukan, ‘Rimau Cafe’ adalah kafe berkonsepkan ‘Authentic Learning’ yang dibangunkan khas bagi melatih belia-belia autisme dalam bidang hospitaliti.

KBS dengan kerjasama NASOM

Kafe berkenaan adalah satu usaha yang dilaksanakan oleh KBS dengan kerjasama National Autisme Society of Malaysia (NASOM) untuk membangunkan latihan kemahiran bagi belia autisme. Siapa kata anak-anak autism tak boleh bekerja? Ini bukti mereka pun boleh menjalani hidup normal kan.

Ibu bapa boleh hantar anak autism juga

Selain perkhidmatan makanan dan minuman, kafe ini juga sedia menerima pelajar jika ada ibu bapa atau penjaga belia autism yang mahu menghantar anak mereka. Salute lah KBS!

Sumber: Khairy Jamaluddin , Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Nasom, Samantha_Jhnsn

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×