berita

Kahwin Sebab Naik McLaren? Fatin Afeefa Pilih Jutawan Sebab Wajah Hensem, Kaya Nombor Dua

January 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkahwinan pelakon Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang masih menjadi bualan ramai di media sosial sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Fatin Afeefa Rapat Dengan Ayah Tiri, Siap Jalan Berpegangan Tangan

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa & Jutawan Dah Nikah

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’

Sebab kaya?

@aliff_awang Jodoh itu rahsia kan sayang? @bukan fatin afeefa ? Serious Sounds – Vera King

Terbaru, Aliff mendedahkan ada seorang individu yang mendakwa Fatin memilih dirinya sebagai imam hanya kerana kekayaan yang dimiliki.

Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je. Korang nak sangat kan? Cabar Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa.

Kaya nombor dua

Menafikan spekulasi itu, Fatin, 29, mendedahkan Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya. Katanya, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan comel.

Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.

Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua.

Selepas mendengar jawapan daripada pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, Aliff menyatakan ini bukan fitnah dan menyerahkan kepada netizen untuk mempercayainya atau tidak.

Pada 30 Disember lalu, Fatin dan Aliff sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis tertutup.

Terdahulu, pelakon filem Tentang Bulan pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×