Negara digemparkan dengan laporan rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, Putra Heights, Subang Jaya, malam semalam. Sejumlah 18 kenderaan terbakar dalam kejadian awal pagi tadi itu.
Rusuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku di antara dua kumpulan kira-kira pukul 2 pagi. Namun apa yang memburukkan keadaan adalah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau di Facebooknya.
Serangan didakwa dilakukan kumpulan Muslim
Ganabatirau menerusi kenyataanya di Facebook menuding jadi mengatakan insiden berkenaan dicetuskan oleh sekumpulan Muslim yang berniat mencipta ketegangan dalam kalangan kaum.
Disunting tidak lama kemudian
Ganabatirau kemudiannya dilihat menyunting kenyataan tersebut dengan menggantikan istilah ‘Muslim’ kepada ‘gangster’ setelah mendapat kecaman pelbagai pihak.
Ganabatirau mengatakan dia sudah memberi kenyataan dan berharap tiada pihak yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan rasa kurang selesa selepas ini.
Saya sudah bagi kenyataan. Jangan ada pihak keluarkan kenyataan mengguris yang mampu timbulkan rasa kurang selesa.
Hal ini kita serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada polis supaya mereka dapat menyiasat motif sebenar kejadian ini.
Bukan pergaduhan kaum
Kekecohan berlaku di antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.
Sumber: Harian Metro, Kosmo!