Kumpulan Tiro muncul juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Jumaat malam.
Artikel Berkaitan: Fad & Achey Bawa Gambar Arwah Abam Di Pentas MLM2021, Gugur Air Mata Uqasha Senrose & Penonton – ‘Bertiga Itu Sementara, Tapi Bocey Itu Selamanya’
Penat berbaloi
Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro antara rakan selebriti yang melayangkan ucapan tahniah kepada kumpulan Tiro. Kata Shahrol, 37, penat lelah selama 10 minggu Sharif, Melati dan Danial Zaini beraksi di atas pentas berbaloi.
Tahniah Tiro! Hasil penat lelah 10 minggu disulami keikhlasan serta doa diberi kemanisan malam ini.
Tak perlu ada sang bara
Tambah pemilik nama Shahrol Azizie Azmi, dia mengharapkan agar pihak penganjur membuka platform kepada semua komedian bukan setakat juara untuk terus menghiburkan orang ramai.
Selain itu, pelakon drama Kifarah: Duit juga mencadangkan agar mengkaji semula pemilihan juri serta menyingkirkan sang bara yang dipegang oleh pelakon Sharnaaz Ahmad.
Buat Astro Warna, berilah ruang seluasnya bukan sahaja juara tetapi kesemua komedian yang ada. Jangan dikubur bakat mereka dan hanya gah bersorak sewaktu MLM sahaja. Selepas itu hilang tanpa berita.
Jika ada MLM lagi perlu dikaji semula pemilihan juri. Tak perlu la ada sang bara. Malam ini kita meraikan peserta finalis, bukan drama siapa sang bara.
Tahniah semua finalis dan peserta MLM2021.Teruskan berkarya dengan ikhlas dan revolusikan industri komedi tanah air.
Terdahulu, kumpulan Tiro meraih tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Sumber: Instagram @shahrol_shiro
Foto: Astro & Azrul Rafie