berita

Kajian Buktikan Masyarakat Terima SOP Solat Berjemaah Norma Baharu Di Masjid

November 17th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penularan wabak covid-19 sepanjang tahun ini telah membataskan pelbagai perkara ‘normal’ yang sering dijalankan setiap hari. Ini juga termasuklah aktiviti solat jemaah yang diadakan setiap surau dan masjid. Solat berjemaah boleh dijalankan tetapi haruslah mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun baru baru ini, melalui program Tanyalah Ustaz, seorang profesor jemputan telah membincangkan mengenai kajian yang dilakukan ke atas penjarakan sosial solat berjemaah di surau dan masjid yang melibatkan 6,690 responden.

Kesan social distancing

Menurut Prof. Dr. Fariza Md. Sham, Pengarah Kepakaran Dakwah & Pembangunan Remaja dari Institut Islam Hadhari UKM, kajian ini telah dijalankan melalui kajian soal selidik yang telah diedarkan menggunakan google form.

Melalui kajian itu, mereka telah diberi tiga bahagian iaitu penerimaan orang ramai terhadap sop dan peraturan yang ditetapkan, kesan kepada psikologi jemaah dan kesan kepada interaksi sosial antara jemaah. Hasil dari kajian tersebut 73% menunjukkan orang ramai menerima sop tanpa ada masalah dengan hati dan fikiran terbuka bagi mengelak penularan wabak pandemik.

Sedikit kesan psikologi

Walaupun tampil dengan fatwa baru iaitu perlu solat secara berjauhan dan wuduk diambil dari rumah, masyarakat tetap menerima segalanya tanpa mempersoalkan apa yang telah ditetapkan dari awal.

Bagaimanapun, 62% daripada hasil kajian membawa kepada kesan psikologi masyarakat di mana antaranya merasakan jiwa mereka kosong dan rindu terhadap masjid kerana tidak dapat berjemaah seperti dulu dan tidak dapat menghadiri tazkirah atau usrah. Selain itu, hanya 47% yang mengaku ini memberi kesan kepada interaksi sosial di antara jemaah.

Melalui kajian ini juga membuktikan bahawa interaksi sosial tidak hanya berlaku di masjid atau surau. Ianya tetap boleh dilakukakan di tempat lain dengan berpandukan pada sop dan peraturan yang ditetapkan.

SKIP THIS AD ×