berita

‘Kak, Minta Maaf Ya Tanya, Tapi Ada Murah Lagi Tak? Wang Saya Tak Banyak’

December 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tidak semua insan di muka bumi ini bertuah untuk hidup dalam keadaan yang serba senang dan selesa. Kesusahan hidup yang dialami menyebabkan mereka sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi menanggung keperluan harian untuk keluarga.

Perkongsian pengguna Facebook Nadia Denise Ibrahim ini bakal membuatkan anda tersentuh hati apabila dia berkongsi pengalamannya ketika dipertemukan dengan seorang insan yang sedang melalui kepayahan hidup baru-baru ini.

Nak cari ubat sapu

Malam tadi ada seorang bapa dan anak kecil around 5-6 years old masuk ke farmasi, nak cari ubat sapu untuk isteri yang seharian berkerja membasuh pinggan di kedai makan.

‘Saya kesian isteri saya bongkok-bongkok (sambil demo to us) basuh pinggan satu hari. Belakang dia sakit. Ada ubat sapu tak?’ Jadi saya tunjuk beberapa pilihan. Ada yang RM10, ada yang RM12, ada RM15 .

‘Kak, minta maaf ya I tanya, tapi ada murah lagi tak? Wang saya tak banyak.’ Jadi saya bagi ubat yang paling murah dalam RM5 ke bawah.

Ketika lelaki itu nak bayar, anaknya mahukan sesuatu di kaunter dan dia beritahu anaknya itu yang mereka tidak mampu untuk membelinya. Barang tersebut berharga kurang dari RM3.

Jadi saya tawarkan harga yang lebih murah kepadanya. Dan cuba teka apa yang dia kata. ‘Jangan, ini kedai berniaga. I kena bayar betul-betul.’

Orang kelainan upaya

Saya cakap tak apa tetapi dia masih bertegas untuk membayarnya sambil cari duit seringgit-seringgit dan syiling dalam wallet yang sangat lusuh.

Sambil nak bayar, dia bagitahu saya dan semua staff saya yang lain macam mana sukarnya dia untuk mencari kerja. ‘Susah sangat nak cari kerja sekarang’.

Dia adalah golongan OKU dan pergerakannya terbatas. Dia tunjukkan tangannya. Dia dah cuba pelbagai pekerjaan dan kini masih mencari. Tetapi dia tetap bersyukur kerana keluarga kecilnya dan isteri telah membantu dirinya. Isterinya tolong basuh pinggan di kedai yang berlainan, kedai makan pagi dan malam sementara dia pula menjaga anaknya.

Lepastu dia tanya saya, ‘kak saya ambil kotak dekat luar tu boleh?’ Mestilah boleh kan. Lama juga dia dan isteri lipat-lipat kotak dekat luar tu sementara kami melayan pelanggan kami dalam farmasi.

Ambil kotak

Lepastu saya tahu mereka tak boleh nak bawa kotak-kotak tu atas motor sebab ketika itu sedang bertiga (suami, isteri dan anak). Mereka nampak risau sangat. Kami boleh nampak dari dalam farmasi.

Jadi kami pergi ke arah mereka dan bagitahu yang kami boleh simpankan dulu semua kotak itu di dalam farmasi. Sebab mereka takut orang lain ambil kotak-kotak tu kalau bawa balik sikit-sikit.

Dan ya Allah, pertolongan yang sekecil itu telah menceriakan semula wajah mereka. Jujur saya rasa macam nak nangis bila tengok wajah isterinya.

Jujur saya cakap korang boleh tengok betapa gembiranya mereka bila kami cakap yang kami boleh simpankan kotak-kotak itu dan datang semula esok. Kotak tak banyak sangat pun, tapi truly one’s man trash is another’s man treasure. Sebenarnya sebelum farmasi tutup, mereka dah datang balik dan ambil baki kotak-kotak yang ada.

Menyentuh hati

Tapi saya betul-betul kagum dengan mereka. Saya offer untuk bayar kurang, tapi mereka tolak. Mereka usaha sendiri untuk dapatkan wang tu. Kotak-kotak tu kalau jual pun saya rasa paling banyak mereka boleh dapat ialah RM3-RM4. Mungkin mereka fikir itu dah boleh cover ubat sapu tu kan.

Usaha mereka yang menyentuh hati saya walaupun mereka boleh dapat barang percuma atau diskaun. Sangat mengingatkan saya supaya untuk terus berusaha dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Jadi, ia peringatan kepada saya untuk berusaha sentiasa dan mencari keberkatan. Keberkatan dalam hidup tu sangat penting.

Sumber: Facebook Nadia Denise Ibrahim

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×