berita

[FOTO & VIDEO] Setahun Kenal Hati Budi, Kaka Azraff Sah Bergelar Isteri Malam Tadi

December 15th, 2018 | by faris
Lensa Insta

Penyanyi Kaka Azraff mendapat tumpuan media apabila fotonya yang dikatakan bertunang awal bulan ini tersebar di laman sosial. Namun, penyanyi Bukan Hal Aku itu enggan memaklumkan tarikh tepat tarikh pernikahannya kepada media.

Tidak sampai sebulan, anak buah Ratu Rock Negara, Ella itu selamat dinikahkan dengan ahli perniagaan, Adam Azriff pada jam 9.53 malam di kediaman Kaka di Klang.

Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

https://www.instagram.com/p/BrX2Qm0gn97/

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dengan berwalikan bapa saudaranya, Nor Izam Aminuddin dan menerima mas kahwin berjumlah RM300. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.

Pasangan itu mengambil masa setahun menjalin hubungan cinta sebelum mengambil keputusan melangkah ke gerbang perkahwinan. Dalam pada itu, Kaka menerusi kenyataannya kepada Berita Harian mengatakan foto yang viral sebelum ini adalah majlis merisik dan bukan majlis bertunang seperti disangka.

Ayu berkebaya klasik Melayu

Akhirnya sempurna

Turut diserikan dengan persembahan Azharina Azhar

Air mata gembira akhirnya bergelar isteri

Sumber: Berita HarianKaka Azraff, Shafiq Shahar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×