Penyanyi ini mula dikenali menerusi lagu ‘Bawa Daku Pergi’ yang telah menggandingkannya bersama pelakon dan pelawak terkenal iaitu Zizan Razak.
Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa Kaka juga mempunyai bakat lakonan dan pernah menyertai pementasan teater ‘Bukan 404’ sekitar tahun lepas.
Percaya dengan bakat yang ada padanya, Kaka telah dipilih oleh produksi teater ‘Projek Kahwin‘ untuk memegang salah satu watak dalam teater tersebut.
Menurut Kaka, dia sendiri terkejut apabila mendapat pelawaan dari pihak produksi berkenaan.
Pada mulanya, Kaka sendiri tak tahu ada bakat berlakon, tetapi selepas kejayaan ‘Bukan 404’ Kaka mula percaya dan minat dengan bidang ini.
Sebab itu apabila mereka offer Kaka, Kaka tak menolak lansung. Apa yang Kaka fikir adalah nak lakukan yang terbaik untuk pementasan yang besar ini.
Kaka bakal bergandingan dengan Hanez dan Kilafairy
Ditanya mengenai tindakan peminat yang kononnya akan memboikot teater tersebut kerana ia turut dibintangi pelakon kontroversi, Hanez Suraya, Kaka berkata dia sama sekali tidak terjejas dengan kontroversi itu dan percaya jualan tiket tidak akan terganggu.
Kontroversi tersebut tak memberi impak pada Kaka. Tetapi, ia mungkin akan mengganggu penonton yang tidak bersetuju dengan beberapa perkara.
Kaka pandang ia dari sudut positif, bila timbul isu ini, Kaka rasa nak buat lebih baik supaya orang ada sebab untuk datang menonton dan tidak fikirkan langsung tentang apa-apa isu.
Antara barisan pelakon yang menyertai teater Projek Kahwin
Untuk pengetahuan, Kaka menerima tawaran berlakon teater Projek Kahwin sekitar sebulan yang lalu dan ada desas-desus mengatakan Kaka merupakan pilihan terakhir.
Namun, bagi Kaka, isu yang timbul tersebut langsung tidak menjejaskan keinginannya untuk berlakon dalam pementasan tersebut.
Apa pun, kami harap Kaka berjaya melakonkan pementasan kali ini kerana kami percaya ramai lagi peminat Kaka diluar sana yang menanti kemunculan Kaka.