berita

‘Kakak You Lagi Cantik’ – Neelofa Respon Wanita Mirip Wajahnya

June 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang gadis telah menarik perhatian netizen apabila wajahnya menyerupai artis jelita tanah air iaitu Neelofa. Video yang di muat naik menerusi Twitter Mimi memaparkan wajah kakaknya Afina Balqis yang seiras dengan Neelofa. Rata-rata netizen memuji kecantikan wajah wanita tersebut dan mengakui mempunyai persamaan yang jelas dengan artis berkenaan.

Muka seakan Neelofa

Video tersebut memaparkan Afina menyatakan bahawa dia menerima banyak mesej yang mengatakan wajahnya menyerupai artis berkenaan. Oleh hal itu, adiknya memuat naik di Twitter dan berharap agak mendapat perhatian Neelofa.

Kakak you lagi cantik

Kuasa viral di media sosial telah mendapat perhatian Neelofa dengan membuat kenyataan balas. Dia dengan rasa rendah diri menyatakan bahawa wajah gadis berkenaan lebih cantik dari dirinya.

Afina persis Neelofa

Sumber: Mimi, Afina, Neelofa

The following two tabs change content below.