berita

Lelaki Maut Motosikal Terbabas Sebulan Sebelum Kahwin

August 22nd, 2023 | by Yong
Kini Trending

Pempengaruh Burak Can Tas dari Turki maut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal beberapa minggu sebelum hari perkahwinannya.

Artikel Berkaitan: Seminggu Hilang, Mayat Influencer Dikerat & Ditemui Di Merata Tempat

Mangsa hilang kawalan

Memetik laporan New York Post, Burak dipercayai terlanggar seeokor anjing di jalan raya sehingga motosikal yang ditunggangnya itu hilang kawalan. Berikutan daripada itu, Burak telah terpelanting dan maut di tempat kejadian.

Kemalangan yang meragut nyawa itu turut disahkan oleh bakal isterinya, Yaren Kara melalui hantaran Instagram minggu lalu.

Saya bersyukur untuk setiap hari yang saya habiskan dengan awak, sayang saya.

Satu-satunya yang saya akan sangat rindukan. Semoga Allah menempatkanmu di sudut Jannah yang terindah. Saya sangat sayangkan awak pasangan hidup saya.

Difahamkan, tragedi itu berlaku sebulan selepas Burak melamar Kara ketika dia sedang menunggang motosikalnya di Aldana, Turki.

Sumber: New York Post

SKIP THIS AD ×