berita

Wanita Gadai Gelang Emas Hampir RM10,000 Demi Bantu Sahabat

September 15th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Gadai emas

Viral sebuah rakaman video di TikTok memaparkan seorang wanita sanggup menggadaikan gelang tangan emas miliknya demi membantu sahabat yang dalam kesusahan.

Artikel Berkaitan: Jatuh Air Mata Netizen Tonton Video Pengorbanan Seorang Ibu Nak Beli Laptop Untuk Anak

Melangsaikan hutang

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Aiza Roslan kelihatan menangis teresak-esak setelah dikhianati oleh sahabatnya.

Menurut Aiza, dia terpaksa menebus barang kemasnya yang bernilai hampir RM10,000 selepas sembilan bulan termasuk membayar kadar faedah selama enam bulan pertama berjumlah RM500.

Selepas sembilan bulan saya gadaikan gelang semata-mata sebab nak tolong kawan.

Saya kena tebus balik semula. Salah saya ke nak tolong kawan? Nak tolong kawan dalam kesusahan.

Saya kumpul duit, Bodoh Sangat ke saya tolong orang? Atau saya tolong orang yang salah?.

Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak menyalahkan sahabatnya itu walau terpaksa menebus barang kemasnya sebelum hutang dilangsaikan.

Walau bagaimanapun, Aiza menganggap segala kesulitan tersebut merupakan ujian daripada Allah.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×