Seorang wanita berusia 75 tahun didapati hilang kedua-dua belah kaki selepas digilis oleh trak angkat susun (forklift) di Kompleks MASKargo, Bayan Lepas, semalam (Isnin).
Artikel Berkaitan: Kaki Pancing Maut Digilis, Pemandu Treler Larikan Diri
Artikel Berkaitan: Wanita Hampir Digilis Kereta Api 2 Kali Sebab Nak Ambil Botol Air
Kaki digilis
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya, Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengahari. Susulan itu, seramai empat anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Kita mendapat maklumat mengenai kejadian itu dan ketika tiba di lokasi didapati kedua-dua belah kaki mangsa yang berusia 75 tahun hancur digilis jentera berkenaan.
Anggota pasukan kemudian memberi rawatan awal dengan membuat balutan dan memasang alat sokongan pada kaki mangsa.
Semasa rawatan awal dilakukan, mangsa masih berada dalam keadaan sedar. Mangsa juga berada dalam keadaan stabil ketika dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan wanita warga emas terbabit sedang berjalan di kawasan kargo dan kemudiannya dilanggar oleh trak berkenaan sehingga mengakibatkan kakinya hancur. Mangsa Jami @Jumi Shariff, 75, yang bekerja sebagai pekerja di bahagian pembersihan di kargo itu tinggal di Sungai Burung, Balik Pulau.
Sumber: Harian Metro