Kes penderaan sama ada fizikal atau seksual semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Apa yang lebih menyedihkan adalah majoritinya melibatkan keluarga sendiri. Ayah, ibu atau ibu bapa tiri antara suspek yang selalu kita dengar dan baca dalam berita.
Tidak hanya kesalahan fizikal penderaan, jenayah seks dalam kalangan kanak-kanak juga tidak kurang seriusnya. Penderaan jenis ini bukan sahaja memberi kesan dari segi emosi, malahan mangsa akan membesar dengan ketagihan melampau terhadap sesuatu yang dibenci pada mulanya.
‘Dah tak tahan sangat’
Pengurus Rumah Puteri Arafiah, Hazwani Husna Azman Seksyen 7, Shah Alam berkata, pelatih di rumah perlindungan itu menghadapi masalah ketagihan seks. Rumah berkenaan menjadi tempat berteduh untuk remaja perempuan yang terlanjur dan kehilangan tempat bergantung.
Tidak hanya menjadi mangsa kerakusan, penghuni di situ juga menghadapi bebanan emosi yang teruk. Mereka banyak mengadu kepada Hazwani betapa beratnya menahan ujian perasaan yang dihadapinya itu.
Pernah satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa masih rasa nak buat lagi?
Jenayah seks semakin teruk
Menurut Hazwani lagi, cabaran yang perlu dihadapinya adalah bagaimana dia boleh membantu memulihkan kembali emosi dan semangat pelatih dibawa jagaannya itu kembali pulih seperti sedia kala. Tambahnya, kes jenayah seksual di negara ini semakin parah di Malaysia apabila banyak aduan diterima setiap hari.
Isu pornografi, pedofilia dan jenayah seksual di negara ini sudah capai paras kritikal. Mereka ketagih seks yang ekstrem pada usia terlalu muda. Di Rumah Puteri Arafiah kami menerima panggilan berkaitan aduan remaja terlanjur antara tiga hingga lapan panggilan sehari.
Antara kes yang pernah dikendalikan di Rumah Puteri Arafiah, menurut Hazwani adalah pelatih terlibat sumbang mahram.
Bermakna dia tak tonton pornografi, dia tak tahu apa-apa tetapi lama-lama dia di ajak oleh bapa saudara sendiri untuk ‘buat’ tu nampak kat situ permulaan. Mula-mula dipaksa lama-lama jadi paksa rela kemudian jadi suka berkali-kali jugalah yang boleh sampai mengandung.
Masa sujud pun boleh fikir lain
Tambah menakutkan, ada pelatih di sana membuat pengakuan ‘berani mati’ apabila tetap memikirkan seks walaupun sedang beribadat. Semuanya kerana menjadi mangsa nafsu serakah di usia yang mentah.
Dia mengaku sendiri waktu sujud solat taubat pun masih berfikir lagi, oh, ni kalau dah ada lelaki ni best ni. Maknanya khusyuk dengan ALLAH tu dah tak ada dah. Dia boleh fikir benda lain pula.
Di sini salah satu jalan yang kami buat bagi elak berfikir macam tu, selain solat, mengaji, bertaubat, mereka kena fikir sebagai hamba ALLAH dan salurkan tenaga ke tempat lain.
Sumber: Astro Awani