Setiap kali raya, menu lemang pasti menjadi pilihan setiap rumah. Bak kata orang, apa guna raya tanpa lemang. Betul tak? Selain dari lemang buluh, ada juga yang menggemari lemang periuk kera. Memang sedap dimakan tapi sebenarnya ianya tidak bagus untuk bumi. Kenapa? Boleh baca penjelasan lanjutan dari wanita ini.
Membekalkan kesuburan kepada tanah
Pagi ini saya ternampak satu posting Prof Dr Abdul Latiff Mohamad di screenshot. Sebagai seorang pakar botani paling disegani di Malaysia beliau menyatakan kerisauan tentang aktiviti menuai periuk kera semahunya ini.
Fungsi pokok periuk kera ini kita nampak macam setakat nak tangkap serangga masuk dalam kantung saja. Di sebalik mekanisma itu, Tuhan ciptakan pokok ini berada di kawasan yang mengandungi nutrien Nitrogen yang rendah. Nitrogen daripada pereputan serangga itu pula fungsinya membekalkan kesuburan kepada tanah.
Mendatangkan kemudaratan pada bumi
Sekadar seruan kecil kepada rakan-rakan di persekitaran saya. Lemang periuk kera memang RARE. Tapi apalah ertinya rare jika berupaya mendatangkan kemudaratan pada bumi yang kita kongsi ini.
Kita masih ada pilihan menikmati lemang beraroma yang dimasak beralaskan daun pisang dan buluh. Pisang dan buluh tumbuh lebih pantas berbanding periuk kera yang sukar nak dibiakkan ini. I just make a calling, the choice is individual. But we can save our nature together.
Love, Faziatun Nisa Yusof Basha
Pernah makan nasi tumpang berbalut daun pisang di rumah Prof
Spesies kritikal
Selain itu menurut seorang peguam, Jehan Bakar, Nepenthes (periuk kera) atau tumbuh-tumbuhan periuk tropika, adalah sejenis tumbuhan karnivor yang terkenal dengan daun berbentuk keramik yang rumit dan indah yang menjerat dan mencerna serangga. Baru-baru ini ia juga dikenali sebagai makanan istimewa lemang periuk kera dan terkenal di Pahang di kawasan Chini dan Pekan.
Menu ini boleh dikatakan agak mahal kerana bekalan tumbuhan yang agak terhad. Sesetengah spesies tumbuhan periuk ini, seperti nepenthes macrophylla telah disenaraikan sebagai spesies kritikal endangred dalam senarai IUCN.
Spesies periuk kera menjadi mangsa pemanasan global
Pada masa akan datang, kita diramalkan bakal mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5 celcius (2 hingga 10 darjah Fahrenheit). Banyak hidupan yang akan mengalami kesukaran untuk ‘membiasakan’ dengan fenomena cuaca ini. Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk kera ini tentunya akan kekal statik di ‘tempatnya’ dan menjadi mangsa pemanasan global.
Apabila suhu meningkat, spesies ini akan beralih ke bahagian paling tinggi dari julat ketinggian sempitnya hanya untuk mencapai puncak puncak. Dalam usaha untuk mencari udara yang lebih sejuk, kilang periuk akhirnya patah kerana tersentuh dengan dinding batu. Jangan terkejut sekiranya kita yang menjadi punca tumbuhan ini pupus lebih awal! Jika ditambah pula dengan aktiviti pengambilan periuk kera secara besar-besaran, pastinya ia akan mempecatkan lagi proses kepupusan mereka.
Jangan makan periuk kera!
Sebagai salah seorang dari ahli NGO alam sekitar, beliau percaya perkara ini harus dikongsikan kepada orang lain untuk memberi kesedaran kepada semua.
Beliau turut memohon agar semua orang tidak membeli atau makan lemang yang dibalut dengan periuk kera. Lakukannya demi bumi dan alam sekitar kita. Ia perlu dimulakan sekarang supaya orang ramai lebih sedar tentang perkara penting ini.
Sumber : Faziatun Nisa Yusof Basha