berita

‘Kalau Ada Tawaran Watak Bernilai Di Sisi Allah, Saya Terima’ – Abby Abadi

February 16th, 2024 | by Alia
Kini Trending

abby abadi lakonan

Jarang kelihatan dalam dunia lakonan, aktres Abby Abadi kini hanya menerima tawaran watak yang sesuai dan lebih selesa menjadi seorang usahawan.

Artikel Berkaitan: ‘Lawan Semua Dengan Doa’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: ‘Dari Awal Timbul Isu Ini, Saya Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya’ – Abby Abadi

Cari keredaan Allah

abby abadi lakonan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dilihat sedang menjalankan satu sesi penggambaran bagi sebuah program televisyen.

Di ruangan kapsyen, Abby memaklumkan dia kini lebih selektif dalam memilih watak lakonan.

Alhamdulillah semua berjalan dengan baik semalam. Produksi best, pengarah baik, krew pun semua baik tapi semua tak kenal dah sebab lama dah saya tak shooting, tak kenal dah semua orang.

Ada yang tanya, kakak dah tak berlakon? Menyanyi pun dah tak juga ya kak? Tahu apa yang saya jawab? Insya-Allah kalau ada tawaran watak-watak yang bernilai di sisi Allah, saya join.

Bagaimanapun, anggota kumpulan Elite ini akan tetap meneruskan perniagaannya andai tiada sebarang tawaran lakonan.

Menurut Abby dia kini lebih mementingkan keredaan Allah sebelum bersetuju untuk menjayakan satu naskah.

Kalau tak ada saya berniaga je lah. Saya pun tak nak lah, kalau sibuk nak shooting balik, terutama drama panjang-panjang, banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan saya kan?

Baik saya usaha buat apa yang saya suka, yang paling penting Allah reda.

Doakan yang baik-baik untuk semua okay. Semua pengakhiran yang baik Allah izinkan untuk kita semua. Amin.

Terdahulu, Abby pernah memberitahu bahawa dia tidak berminat jika diberikan watak seorang ibu kerana sering mendapat tawaran seperti itu.

Sumber: IG Abby Abadi 

SKIP THIS AD ×