berita

Anak Perempuan Didakwa Jadi Penyondol, Abby Abadi Bagi Respon – ‘Tak Pe Sila Komen Dulu, Cari Pahala’

September 8th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, pelakon Abby Abadi dilihat berkongsi sekeping foto beserta doa memohon kepada Allah agar kesemua anak-anaknya sentiasa dilindungi daripada sebarang ujian yang mendatang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Abby & Memey Lakon Semula Babak ‘Perempuan Itu’ – ‘Patutnya Abby Jadi Khalish’

Artikel Berkaitan: ‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’

Jangan engkau uji anak-anakku

Antara doa yang terkandung ialah ‘janganlah engkau menguji anak-anakku sebagaimana engkau telah mengujiku..Aku menerima segala ujian dari Mu dengan ikhlas’.

Selain posting tersebut, Abby turut memuat naik foto bersama anaknya, Marissa Dania. Menerusi posting berkenaan, Abby berkata dia membiarkan netizen komen dahulu mengenai isu yang sedang viral dan didakwa melibatkan anak perempuannya itu.

Ujar pelakon ‘Gerak Khas’ ini, dia akan menjawab mengenai isu yang timbul itu nanti. Pihak OhBulan! sudah cuba menghubungi Abby di Whatsapp bagi mendapatkan keterangan lanjut. Namun, ianya tidak dibalas.

Terdahulu, viral sebuah kisah di Twitter apabila seorang wanita mendakwa anak perempuan kepada pasangan selebriti terkenal telah menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibina dengan bekas suami. Berikutan daripada itu, nama Marissa Dania telah dipetik dan didakwa sebagai individu berkenaan.

Sumber: Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×