berita

‘Kalau Aku Benci Kau, Aku Takkan Balas Pun Mesej Kau’ – Sufi Rashid

July 8th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini penyanyi Sufi Rashid pernah meluahkan rasa kecewa apabila Haqiem Rusli menggunakan susunan muzik ‘intro’ single baru Selamat Tinggal Sayang. Muzik itu disusun sekitar tahun lalu dan terkejut apabila mendapati lagu ini sama dengan susunan muzik yang pernah dibuatnya.

Artikel berkaitan: Tak Cool La Bro Curi Idea Orang

Susulan kes ini, Sufi Rashid menerima permohonan maaf dari Haqiem Rusli menerusi aplikasi Whatsapp dan sempat dikongsinya di InstaStory.

Mungkin dia tak sengaja

https://www.instagram.com/p/Bk1gjMIA_am/?hl=en&taken-by=sufierashid

Aku harap kita semua belajar

Sufi mendedahkan mesej perbualannya itu dengan Haqiem Rusli yang memohon maaf dan ternyata dia berasa kasihan dengan nasib yang menimpa penyanyi Selamat Tinggal Sayang itu. Tambahnya lagi, Sufi tidak pernah membenci Haqiem Rusli sentiasa mengambil berat tentang apa yang sedang dilaluinya ketika ini.

Hentikan kecaman

Sementara itu, dia juga terkilan dengan sikap segelintir netizen yang lebih gemar mengecam dari mendoakan yang terbaik untuk Haqiem Rusli. Sufi juga memohon maaf sekiranya ada perbuatannya menyinggung sesiapa namun menjelaskan apa dilakukan atas dasar pengajaran.

Sumber: Sufierashid

SKIP THIS AD ×