Kehilangan orang tersayang adalah antara detik yang sukar dilalui namun sudah pasti tidak dapat dielakkan. Ini kerana setiap yang bernyawa dijanjikan akan merasa kematian. Seorang anak mengundang sebak pengguna laman sosial apabila hanya dapat berkongsi keputusan cemerlang peperiksaannya, hanya di kuburan si ayah.
Assalamualaikum ayah
Gadis berkenaan, Aina Natassya memuatnaik foto kubur bapanya pada 19 Oktober tahun lalu di usia 55 tahun. Turut dikongsikan adalah keputusan peperiksaan semester 3 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang cemerlang dengan 8 A 1 B atau nilai gred kertas majoritinya mencapai 4.0 dan hanya satu subjek meraih 3.0.
Hanya tawakal masa exam
Terima ucapan tahniah pengguna Twitter
Sumber: Aina Natasya