berita

Kalau Bab Digital, Korang Dengar Je Cakap Aman Ni. Mesti Boleh Relate Punya!

March 31st, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Kalau korang ada baca artikel OHBULAN minggu lepas, korang mesti tahu cerita pasal Aman ni kan? Banyak juga nasihat dan langkah yang betul korang kena ambil dari video tersebut dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Tapi siapa sebenarnya yang bawa karakter Aman ni? Ha…Aman ni merupakan salah seorang pemuda di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tau! Kompilasi video yang dibuat adalah di bawah kempen yang sedang dijalankan iaitu kempen Saya Digital.

Korang nak tahu Saya Digital tu apa? Jom kami kongsi dengan lebih lanjut…

Saya Digital mampu meningkatkan kemahiran digital dengan prinsip 3J

Untuk pengetahuan korang, Saya Digital merupakan satu kempen yang dibawakan oleh MDEC bagi membantu dan meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia. Kempen ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran teknologi digital dan penyelesaian gaya hidup pintar yang memberi peluang sama rata kepada rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.  

Dalam membantu korang semua dalam meningkatkan kemahiran digital, kempen Saya Digital juga berpegang kepada tiga prinsip 3J yang akan diberi penekanan utama seperti yang korang sedia maklum pada artikel sebelum ini. 

Dengan menyertai program-program di bawah kempen Saya Digital, boleh membantu rakyat untuk:

  1. Jana pendapatan – menjadi digital freelancer dengan membantu rakyat menjana pendapatan melalui bidang tugasan bebas atau “freelancing” dan berniaga dalam talian selepas menguasai kemahiran digital
  2. Jimat Berbelanja – mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemat dan bijak dengan melakukan kaji selidik terhadap kualiti dan mutu barangan sebelum membeli, membuat perbandingan harga, dan menggunapakai kupon atau baucar diskaun yang ditawarkan oleh platform-platform eDagang.
  3. Jaga – jaga penipuan – membantu rakyat agar lebih peka dan berhati-hati terhadap kes-kes jenayah siber melibatkan penipuan dalam talian (scam), memancing data (phishing) serta berita palsu.

Program seperti ini diperkenalkan bagi mendidik rakyat agar bijak dalam dunia digital dan merebut peluang bergerak seiring dengan pelan pemulihan ekonomi negara. 

4 teras utama dapat membantu mewujudkan kesedaran mengenai teknologi & gaya hidup pintar

Dalam Jelajah Saya Digital, fokus diberikan kepada empat (4) teras utama yang menyasarkan golongan seperti B40, graduan menganggur, warga emas, pelajar sekolah serta universiti termasuk usahawan mikro, kecil dan sederhana. Antaranya adalah:

  1. Saya Digital Literasi – Modul Komunikasi Digital, Modul Transaksi Digital dan Modul Aplikasi Digital disediakan untuk meningkatkan literasi digital menerusi latihan dan pendedahan dalam penggunaan eKomunikasi, eDompet, transaksi atau perbankan dalam talian dan aplikasi digital.
  2. Saya Digital Perniagaan – Program seperti eUsahawan, 100 Go Digital dan Pemacu Digital PKS dapat membantu perniagaan tradisional ke arah pendigitalan, meningkatkan kecekapan dan khidmat pelanggan lebih efektif. 
  3. Saya Digital Pendapatan – eRezeki dan GLOW pula adalah program yang dapat korang pelajari teknik asas dalam memasarkan perniagaan secara dalam talian melalui platform media sosial.
  4. Saya Digital Modal Insan – Program #mydigitalmaker, Let’s Learn Digital, Digital Up menyasarkan golongan muda terutama para pelajar sekolah dan juga tenaga kerja agar mereka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran teknikal digital yang termaktub dalam Revolusi Perindustrian Keempat seperti robotik, pengaturcaraan, data analitik, pembangunan aplikasi dan sebagainya.  

Ha, bestkan! Kalau join program-program ini, korang dapat meningkatkan lebih banyak lagi kemahiran digital tau! Barulah dapat menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup.

Bukan itu saja, MDEC juga tawar pelbagai program di bawah Saya Digital

Program-program yang ditawarkan oleh MDEC telah direka dengan cermat dan khusus mengikut golongan sasar yang akan disiapsiagakan agar dapat menyumbang secara aktif kepada ekosistem. Antaranya adalah: 

  1. Program GLOW – akan diberikan bimbingan mengenai cara membuat profil dan portfolio freelance digital yang profesional. Latihan nya merangkumi kaedah mendapatkan projek dan pengenalan kepada hak cipta, pelajari teknik penyediaan harga terbaik dan juga pencarian serta semakan pekerjaan. 
  2. Digital Ninja – program kepemimpinan dan peningkatan skil digital yang memberi fokus kepada Game Development, AR dan metaverse.
  3. 100 Go Digital – selaras dengan Saya Digital Perniagaan yang boleh membantu mencapai audien dengan lebih luas, tingkatkan jualan dan meningkatkan produktiviti. 

Melalui kemahiran-kemahiran teknikal ini, ia dapat membina bakat generasi muda dalam kerjaya digital pada masa hadapan, sekaligus mengukuhkan ekosistem ekonomi digital dengan bakat tenaga kerja yang berkualiti.

Kemahiran ini juga amat penting dalam memastikan perniagaan korang berjaya dan meraih keuntungan. Disamping itu, dapat menyumbang kepada sektor e-dagang dan ekonomi digital secara keseluruhannya. Wahhh menarik kan!

MDEC juga akan terus membawakan program berimpak tinggi & mampu bantu rakyat Malaysia

Lepasni jangan risau, banyak lagi antara program program yang MDEC akan bawakan untuk korang semua bagi meningkatkan pendapatan melalui ilmu dan kemahiran yang ditawarkan. 

Jadi, kalau korang taknak terlepas, boleh layari www.mdec.my/sayadigital atau sertai siri Jelajah Saya Digital yang telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil melalui program Saya Digital Lembah Pantai anjuran MDEC pada 18 Februari 2023 lalu. 

SKIP THIS AD ×