berita

‘Kalau Betul-Betul Apa Salahnya’ – Netizen Teruja Sofi, Helmi Dah Kahwin Semula

August 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama ‘7 Hari Mencintaku 2’ yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 pastinya menjadi fenomena apabila mengetengahkan konflik keluarga yang membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Mengekek Aku Tengok..’- Hari-Hari Pikat Isteri Sendiri, Babak Sofi & Helmi Undang Tawa

Selain daripada watak Khuzairi dan Mia Adriana, watak Helmi dan Sofi yang dimainkan oleh Syazwan Zulkifly serta Wan Sharmila turut menjadi perhatian.

Muat naik gambar pengantin

https://www.instagram.com/p/CDbTSZDjD_k/

Di Instagram, Wan Sharmila telah memuat naik foto bersama Syazwan Zulkifly mengenakan busana pengantin. Foto tersebut telah mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya memuji penampilan kedua-dua pelakon itu. Malah, mereka berharap jodoh pasangan itu bukan sekadar di dalam drama tersebut.

Kalau betul apa salahnya

Jika dilihat di ruangan komen, netizen mahukan mereka berdua bercinta di luar lokasi drama dan mendoakan agar Wan Sharmila dan Syazwan berjodohan kerana masing-masing dipercayai masih single.

Konflik mula tegang

Dalam episod minggu ini, Helmi dan Sofi telah berkahwin semula. Manakala, hubungan di antara Mak Leha lakonan Liza Abdullah dan Mia Adriana lakonan Siti Saleha semakin tegang. Watak Nadia dan Dr Zaidi lakonan Jaja Illyes dan Bil Azali pula semakin pulih setelah rumah tangga mereka dilanda konflik.

Sumber: Wan Sharmila & TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×