berita

‘Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman’ – Caprice

September 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama penyanyi rap iaitu Caprice dan pendakwah bebas, Ebit Lew menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pendedahan yang dibuat di dalam podcast bersama Mondy Tatto, baru-baru ini.

Artikel penuh: Dakwa Diri Difitnah, Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis

Artikel penuh: [VIDEO] ‘Tak Ada Masa Nak Reka Cerita & Bayar Mondy Tatto’ – Caprice

Artikel Penuh: [VIDEO] Mondy Tatto Dakwa Tangan Dipegang, Pipi Disentuh & Hampir Dicium – ‘Dia Minta Saya Berlakon Solat’

‘Kalau boleh cepat sikit hantar saman tu’

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meminta Ebit Lew menghantar surat saman dalam kadar segera. Hal ini kerana, permintaan tersebut secara tidak langsung membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.

Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti.

Dalam pada itu, Caprice memaklumkan bakal berkongsi pendedahan lanjut yang dibuat oleh Mondy menerusi podcast penuh yang akan ditayangkan pada Jumaat ini.

Sebelum ini, Caprice memuat naik video podcast mengenai pendedahan wanita bertatu dari Indonesia iaitu Mondy Tato yang mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual sebanyak tiga kali oleh seorang individu berpewatakan alim.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Instagram Caprice

SKIP THIS AD ×