Baru-baru ini, sebuah video ‘Thank You Keteyki’ yang dipopularkan oleh pempengaruh Thailand, Aon Samrutai menjadi trend dan tular di sosial media.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Artikel Berkaitan: PU Riz Terkilan Dijerkah Pak Cik Gara-Gara Baring Dalam Masjid – ‘Bukan Tidur Semalaman Pun, Hanya Tunggu Waktu Solat’
Teguran PU Riz
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, pendakwah selebriti PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail melihat ramai yang tidak ketinggalan untuk mengikuti trend berkenaan.
Bagaimanapun, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa itu, berasa kurang senang dan tampil menegur segelintir individu yang gemar mengikuti trend namun mempertikai saranan ahli agama.
Kalau budaya keteyki cepat sahaja ikut.
Tapi kalau ustaz-ustaz kata, ‘sebutlah Alhamdulillah untuk elak ain.’
Dia kata, ‘ini ada tauliah tak?’ Awak sempurna sangat ke?
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu berkata, tidak perlu menjadi sempurna untuk bertindak menegur akan sebarang kekhilafan yang dilihat.
Kadang-kala tak boleh nak tunggu seseorang itu sempurna dahulu baru boleh menegur, betul tak?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana masyarakat dilihat mudah terpengaruh dengan trend yang tidak mendatangkan faedah.
Sumber: IG PU Riz