Baru-baru ini, pelakon Zarina Anjoulie memaklumkan sudah bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas. Menurutnya, mereka bercerai kerana masing-masing tidak bersefahaman.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Aku Dah Cerai’ – Zarina Anjoulie
Artikel Berkaitan: ‘Aku Rasa Aku Kahwin Terlampau Cepat’ – Zarina Anjoulie Mengaku Dah Cerai, Ini Sebabnya
Terbaru, dia mendedahkan bahawa bekas suaminya sudah berbaik dengan bekas kekasihnya sejak mereka masih mempunyai ikatan sah suami isteri namun perkara ini bukanlah punca utama penceraian mereka.
Bekas suami kembali kepada kekasih lama
Zarina Anjoulie dijemput sebagai tetamu dalam Geng Pagi Hot FM kongsi kisah hidupnya yang penuh berliku termasuk penceraian yang terjadi baru-baru ini. Menurutnya, keputusan ini sudah dipersetujui kedua-dua pihak dan dia tidak menyesal dengan tindakannnya walaupun mereka masih baru berkahwin.
Dia turut membuat pendedahan berani apabila memberitahu bekas suaminya kini sudah kembali kepada bekas kekasihnya dahulu sejak dalam tempoh mereka masih lagi bergelar suami isteri. Namun ia bukanlah menjadi punca mereka bercerai kerana menurut beliau ada sebab lain.
Kami kena betulkan diri sendiri
Tadi @ZarinaAnjoulie_ share dengan GPH tentang kisah perceraian Zarina. Nantikan video penuh di Youtube Hot TV. pic.twitter.com/AmBXl447y0
— Hot FM (@hotfm976) February 17, 2021
Ini bukan sebab saya cerai, ada sebab lain. Kami berdua kena betulkan diri sendiri dahulu kerana kami rasa kami kahwin terlalu cepat. Kami buat keputusan yang salah dan dia dah kembali kepada bekas kekasihnya semasa kahwin. Dia masih bersama bekas kekasihnya dan saya doakan terbaik untuk dia. Semoga dia berbahagia dengan bekas kekasihnya.
Tambah Anju lagi, dia tidak menuding jari kepada bekas kekasihya kerana mereka membuat keputusan yang salah untuk berkahwin terlalu awal. Dia turut memberitahu tidak ada simpan dendam mereka berdua kerana ini bukan punca penceraian mereka. Malah, dia memberitahu dia akan lebih memberi fokus kepada kerjayanya sekarang.
Niat nak berdamai
Kalau dah cerai kena musuh ke? Aku tak tahu pulak bila ajak kawan itu dianggap gila talak.
Walau bagaimanapun, pelakon tersebut ada memuat naik satu posting yang dilihat seolah-oleh dituju kepada bekas suaminya. Dalam posting tersebut dia memberitahu dia berniat untuk berdamai sahaja namun disalah anggap oleh orang lain. Rata-rata di ruangan komen bersetuju dengan pendapat Anju dan mendoakan kebaikan buatnya.
Sumber : Hot FM, Zarina Anjoulie