Mula popular dengan drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza berjaya menawan hati para peminat walaupun dengan lakonannya yang pada ketika itu sedikit kekok kerana masih baru lagi.
Lakonannya bersama Izara Aishah telah memberikan impak yang positif dan sehingga kini, namanya terus dikenali dikalangan peminat yang tersendiri. Namun, selepas dikenali ramai, bukannya mudah bagi pelakon berusia 24 tahun ini untuk menjalani hidup normal. Biasalah apabila sudah popular, apa saja yang dilakukan pasti akan diperhatikan.
Ia terbukti apabila sebuah khabar angin telah tersebar sekitar bulan April lepas apabila ada sumber mengatakan yang pasangan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia bermesra sakan sebelum sama-sama berlepas ke Paris.
Namun, Aiman ketika ditemubual sebelum ini menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya meletakkan tangan diatas bahu Fathia. Namun, apa yang menarik minat ialah apakah status hubungan diantara pelakon ini dan juga Fathia?
“No comment. To be honest, Aiman manusia biasa je. Jadi benda ni, as a public figure, orang kata banyak orang yang terlibat dalam soal ini.
“Aiman taknak cakap panjang sebab benda ni melibatkan orang lain juga. Ini melibatkan parents dia, parents Aiman, semua kan. Jadi saya tak boleh komen lebih sebab bagi Aiman ini semua penting untuk kita juga,” tambah pelakon ini ketika ditemui disebuah majlis anjuran Media Prima.
Aiman turut menjelaskan sebab dia tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana tidak mahu menyinggung hati mana-mana pihak.
“Sometimes benda ni boleh spoil juga. Aiman rasa the best is Aiman tak komen lebih. Sebab nak jaga pihak-pihak lain. Mereka orang dewasa dan Aiman baru 24 tahun. Jadi, kalau Aiman terlepas cakap ke apa, takut mereka terasa.
“Aiman taknak menyinggung hati mana-mana pihak. Benda ini the best is kalau dah dijodohkan, boleh lah Aiman cakap something.”
Bangga dengan pendirian Aiman, jika sudah nampak jodohnya barulah dia akan berkongsi dengan media dan peminat.