Sekadar gambar hiasan
Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang acap kali kita dengar bila menyentuh bab jodoh. Bahkan, setiap individu sudah pastinya menyimpan hasrat untuk berkahwin dan berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik. Bagaimanapun, semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!
Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…
Kahwin dengan kembar sendiri
Seperti sebuah video viral di laman TikTok, dikongsi seorang wanita dari Indonesia, dikenali sebagai Sakila Gustina menceritakan dia selamat disatukan dengan kembar sendiri. Namun, kembar yang dimaksudkan bukanlah kembar seibu mahupun sebapa.
Kembar tapi tak seibu sebapa.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut memperincikan kembar yang dimaksudkan olehnya iaitu dia berkongsi tarikh lahir yang sama, tahun, tempat kelahiran dan masa kelahiran yang sama dengan suami tersayang. Bagaimanapun, terdapat satu perbezaan antara pasangan ini iaitu mereka dilahirkan dia hospital yang berbeza.
Lahir pada tarikh dan tahun yang sama, masa yang sama, tempat yang sama. Cuma hospital yang berbeza.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut berkongsi gambar kad pengenalan miliknya dan suami sebagai bukti kepada wargamanya. Menerusi kad pengenalan tersebut dapat dilihat tarikh lahir pasangan ini pada tanggal 6 Ogos 1994 dan dilahirkan di Sukabumi, Indonesia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah tidak percaya dengan ‘kembar’ tersebut dan pada masa yang sama sempat menitipkan doa buat pasangan ini supaya berkekalan buat selama-lamanya.
Video penuh:
@sakilagustinaAda yg begitu juga? Wkwk? original sound – indiana
@sakilagustina Reply to @selmiaputri ? DJ Bum Bum Tam Tam MengKane – VinKy??????! ??
Dah macam dalam filem!
Sumber: Sakila Gustina