berita

‘Kalau Dia Datang, Kita Terima…’ – Bapa Allahyarham Surya Sedia Maafkan Suspek Bunuh Anak

November 7th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan ibu kepada suspek pembunuhan Siti Nur Surya, bakal memohon maaf kepada keluarga Allahyarham berhubung insiden yang telah berlaku itu.

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Orang Baik, Kewajipan Saya Untuk Mohon Maaf’ – Ibu Suspek Pembunuhan Allahyarham Surya

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, bapa mangsa, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga suspek yang didakwa telah membunuh anaknya.

Sedia maafkan

Jelas Ismail, tiada siapa yang menginginkan kejadian seumpama ini berlaku dan ia merupakan ketentuan Allah S.W.T. walaupun sukar untuk mereka sekeluarga terima dengan apa yang telah terjadi.

Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, tak kan kita nak halau orang datang minta maaf. Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku.

Tiada siapa yang tampil

Namun, sehingga kini tidak ada seorang pon daripada pihak keluarga terbabit yang datang menemui keluarganya untuk memohon maaf. Tambahan pula, Ismail turut menjelaskan keluarga sentiasa menunggu kedatangan keluarga suspek untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Yalah, siapa tidak takut, anak dah bunuh orang tetapi kita tidak tahu situasi ketika itu dan asbab kejadian itu berlaku.

Ismail turut tidak menolak kemungkinan keluarga terbabit takut untuk datang berjumpa mereka sekeluarga. Terdahulu, Siti Nur Surya ditemui meninggal dunia oleh adiknya yang baru sahaja pulang dari sekolah. Suspek pembunuhan mangsa yang merupakan kawan kepada mangsa sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

Sumber: Berita Harian 

SKIP THIS AD ×