berita

‘Kalau Dia Jemput Pun, Saya Takkan Pergi’ – Nazim Akui Terkesan Bella Kahwin Baru

April 1st, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Seperti sedia maklum, selebriti jelita Bella Dally selamat menamatkan zaman jandanya dengan setelah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Arif Izudin, semalam. Bella sebelum ini berpisah dengan Nazim Othman pada 2 Mei 2018 setelah kira-kira dua tahun bergelar suami isteri.

Nazim, ketika ditanya perasaannya selepas Bella mendirikan rumah tangganya tidak dapat menafikan rasa terkesan dengan keadaan itu.

Tak tunjuk perasaan sebenar

Menurut aktor tinggi lampai itu, perkahwinan kali kedua Bella berkenaan membuatkan dirinya memilih untuk tidak terlalu menonjolkan apa yang terbuku di hatinya. Malahan, dia tidak pun memberi ucapan selamat untuk pasangan itu.

Ini perkara yang orang luar tidak tahu. Saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu menunjukkan perasaan sebenar.

Malah, saya tidak ‘wish’ pun di sosial media. Cukup orang tahu saya mendoakan kebahagiaan buatnya yang pernah diluahkan padanya depan-depan.

Ujarnya lagi, perpisahan mereka sebelum ini adalah ruang untuknya belajar dan mengambil pengajaran atas kesilapan lalu. Dia juga mengakui masih terkesan dan mempersoal kenapa tidak kuat mempertahankan masjid terbina.

Saya kena belajar. Pokok pangkalnya dalam rumah tangga adalah lelaki. Saya mengambil iktibar daripada pengajaran perkahwinan terdahulu.

Sejujurnya, saya masih terkesan lagi. Saya akui perkara ini. Sedikit sebanyak masih ada. Terkesan sebab kenapa tidak pertahankan dan tidak kuat.

Saya marah dan rasa ralat pada diri. Dalam beberapa bulan selepas bercerai, saya ‘down’. Kemudian saya kembali okey selepas maafkan diri sendiri.

Hubungan dengan bekas mentua masih baik

Nazim juga turut mendedahkan bekas isterinya itu ada menjemput dirinya ke majlis resepsi dalam nada bergurau. Walaubagaimanapun, dia berkata jika Bella betul-betul mengajaknya sekalipun dia tidak akan menghadirkan diri.

Bella ada jemput ke majlis semalam, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak.

Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×