berita

‘Kalau Dia Tak Boleh Menyanyi, Saya Tak Akan Buat Lagu & Record Suara Dia’ – Ajai

June 25th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi, Siti Sarah telah melancarkan sebuah single terbaharunya yang bertajuk Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian duet bersama suami, Shuib. Lagu ciptaan Ajai ini telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-ratanya membandingkan suara Siti Sarah dengan Nabila Razali.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Shuib Duet Dengan Nabila Razali, Confirm Lagu Ini Popular’ – Terima Komen Netizen, Ini Respon Siti Sarah

Tak berakhir di situ, Shuib turut menerima tempias apabila segelintir netizen mendakwa dirinya juga tidak boleh menyanyi.

Shuib boleh menyanyi

Kalau dia tak boleh menyanyi, saya tak akan buat lagu dan record suara dia. Tapi hakikatnya, si  @shuibsepahtu ini memang boleh menyanyi dan ada tone( Nada Tersendiri). Bakat semula jadi. Congrats untuk kamu berdua Shuib dan Siti Sarah. Semoga single ini menjadi siulan pendengar. Kepada para pendengar, semoga terhibur.

Berikutan daripada isu tersebut, Ajai tampil bersuara dan menyatakan bahawa Shuib boleh menyanyi. Ujar Ajai lagi, Shuib mempunyai tone suara yang tersendiri dan bakat yang semula jadi. Sebagai komposer, Ajai berharap lagu tersebut mendapat sambutan daripada para pendengar.

Setuju dengan abang

Rata-rata netizen setuju dengan komen Ajai mengenai nyanyian Shuib. Malah, mereka berharap pasangan tersebut bakal menghasilkan lebih banyak lagu duet selepas ini.

Di ruangan komen, Shuib turut berterima kasih kepada Ajai kerana telah membimbingnya sepanjang lagu tersebut dihasilkan.

Sumber: Ajai

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×