berita

‘Kalau Shuib Duet Dengan Nabila Razali, Confirm Lagu Ini Popular’ – Terima Komen Netizen, Ini Respon Siti Sarah

June 25th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Penyanyi Siti Sarah telah melancarkan sebuah single terbaharunya yang bertajuk Semakin Benci Semakin Cinta nyanyian duet bersama suami, Shuib. Lagu ciptaan komposer terkenal Ajai ini telah mendapat lebih 16ribu tontonan di YouTube sejak tiga hari dilancarkan.

Ini adalah pertama kali Siti Sarah berduet bersama Shuib dan mendapat pelbagai respon dari peminat. Tapi ada pula komen yang kurang menyenangkan apabila netizen membandingkan suara Siti Sarah dengan penyanyi lagu Peluang Kedua iaitu Nabila Razali yang didakwa kedengaran lebih moden. Ini respon Siti Sarah…

‘Vokal Sarah macam tak okay’

Di Instagram, Siti Sarah memuat naik keratan komen dari netizen yang diterimanya di laman YouTube mengkritik vokal nyanyiannya yang dikatakan tidak bagus. Dakwa netizen itu lagi, lagu tersebut akan menjadi merdu sekiranya Shuib berduet bersama Nabila Razali yang kedengaran vokal penyanyi Peluang Kedua itu lebih ‘moden’.

Maaf dik… Tapi Sarah rasa, tak patut la nak bandingkan Sarah dengan mana-mana penyanyi pun. Bagi Sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke. Semua ada kelebihan masing-masing. Sarah sendiri sebenarnya sangat respect dengan Nabila Razali. Dia seorang bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik. Dia pun baik dan respect dengan Sarah.

‘Suara moden itu apa sebenarnya?’

Bagi Sarah, mana-mana pendengar tidak seharusnya membandingkan nyanyian dengan penyanyi lain kerana setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan stail tersendiri dalam menyampaikan lagu. Menjawab kepada kritikan netizen tadi, Sarah juga akui bingung dengan definisi ‘suara moden’ yang dimaksudkannya.

Sebagai penyanyi yang dah dekat 20 tahun ni, Sarah sentiasa nak perbaiki kelemahan vocal. Cuma tu lah, tak tahu pula ada kelas buat suara jadi moden. Suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la Sarah betul-betul tak tahu, tak tahu. Mungkin adik boleh komen banyak lagi atau lebih jelas secara detail, lepas ini boleh Sarah perbaiki dan cari cikgu vocal yang boleh ajar suara jadi moden.

Sarah terbuka dengan semua komen sebab Sarah sendiri nak majukan diri Sarah. Untuk pengetahuan adik yang dikasihi, sejujurnya lagu ini terlalu deep untuk Sarah dan Shuib Sepahtu. Tak mungkin Sarah nyanyi lagu ni dengan orang lain atau Shuib nyanyi dengan organ lain.

Semakin benci, semakin cinta

Sumber: Siti Sarah

SKIP THIS AD ×