berita

‘Kalau Gagal Rebut Cinta, Jangan Musnahkan Kerjaya Orang’ – Awie Cabar Wanita Hamil Anak Rocker Kemuka Bukti

May 5th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil mendakwa dia kini sedang sarat hamil anak kepada seorang pemuzik kumpulan rock terkemuka. Tambah pula, pemuzik berkenaan didakwa melarikan diri dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kandungan itu.

Artikel berkaitan: ‘Dia Halang Saya Gugurkan Janin Ini, Tapi…’ – Wanita Hamil Anak Pemuzik Tampil Tuntut Janji

Rocker terkenal, Awie memberi komen balas mengenai isu berkenaan kerana sedikit sebanyak, sebagai pejuang muzik rock, namanya turut terpalit sekali.

Tunjuk bukti

Awie selaku vokalis Wings mencabar wanita berkenaan supaya tampil membawa bukti atas segala tuduhan yang dilemparkannya itu. Dia juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika ada mana-mana nama ahlinya itu dikaitkan bagi mengelakkan fitnah.

Tunjukkan bukti kalau anda benar. Dedahkan juga identiti diri. Jangan sorokkan muka di sebalik niqab itu. Dia buat-buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah.

Kalau gagal merebut cinta pun, jangan musnahkan kerjaya orang. Kami pun boleh buat laporan polis sebab ia tuduhan melampau.

Akan desak kalau terbukti bersalah

Walaupun demikian, dia bertegas akan mendesak pihak yang terbabit supaya bertanggungjawab sekiranya tuduhan berkenaan didapati benar. Padanya, sebagai manusia, sudah tentu tidak dapat lari dari kesilapan.

Saya sendiri akan mendesak orang itu (untuk bertanggungjawab) kalau betul ada bukti kukuh. Sekiranya benar, kita cuba selesai secara baik. Manusia mana yang tak melakukan kesilapan?

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×