Oktober lalu, istiadat konvokesyen Universiti Malaya ke-59 bertukar kecoh apabila seorang graduan membawa placard mendesak Naib Canselor universiti itu untuk meletakkan jawatan. Graduan terbabit, Wong Yan Ke mendakwa Naib Canselor Dr Abdul Rahim Hashim sebagai rasis.
Dalam pada itu, konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) tempoh hari juga dicemari dengan insiden graduannya yang melakukan tindakan tidak sopan di majlis rasmi sedemikian.
Buat tanda ‘Hail Hitler’
Pengguna Twitter Puteri N Balqis memuatnaik screenshot dari Facebook graduan UMS yang menunjukkan dia membuat simbol tangan Hail Hitler setelah menerima skrol di pentas. Menurut kapsyennya, dia berbuat demikian sebagai dunia ‘menjadi buta dan bisu ketika Yahudi bermaharajalela’.
Tambah individu itu lagi, dia bersolidariti untuk umat Islam di Gaza dan berterima kasih kepada Hitler kerana melaksanakan Holocaust. Hitler adalah diktator Nazi German yang telah membunuh 6 juta pada tahun 1941 hingga 1945 atas sebab penghapusan kaum.
Terima kritikan
Memalukan universiti
Mungkin dibunuh juga kalau hidup zaman Hitler
Ada netizen mengutarakan pandangannya berdasarkan sebuah laman web muzium Holocaust mengatakan orang Muslim mungkin akan dibunuh jika hidup di zaman itu. Ini kerana Hitler terlalu taasub kepada idea ‘keaslian’ kaum di mana dia percaya bangsa Jerman mesti kekal asli untuk mengambil alih dunia.
Sumber: Puteri N Balqis