Guru vokal yang dikenali sebagai Cikgu Delly memberitahu teknik nyanyian yang digunakan penyanyi Aina Abdul lebih sihat berbanding Nadeera Zaini.
Artikel Berkaitan: Penulis Lirik Slen Fadzil Sukar Cari ‘Kecacatan’ Persembahan Aina Abdul Bersama MPO – ‘Seorang Penghibur Negara Dalam Ciptaan’
Artikel Berkaitan: Tanda Syukur Kemenangan Di Pentas Big Stage, Nadeera Buat Doa Selamat Di Kampung
‘Nadeera masih belting’
Menurut Cikgu Delly, sekiranya Nadeera memahami cara dan menggunakan teknik yang betul, nyanyiannya akan lebih cantik.
Kalau ikut healthy singing (nyanyian yang sihat), Aina lebih healthy sebenarnya.
Dibandingkan dengan Nadeera, Nadeera masih belt (teknik bernyanyi).
Kalau Nadeera faham tentang cara mix voice, insya-Allah nyanyiannya lebih sihat.
Cikgu Delly memaklumkan mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Tambah Cikgu Delly, teknik nyanyian yang sihat amat penting diprakktikan oleh penyanyi untuk menghasilkan vokal yang sedap.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen meraikan pendapat Cikgu Delly sebagai orang yang lebih berilmu dalam bidang nyanyian.
Untuk info, lagu Aina Abdul berjudul ‘Puas Sudah’ dan lagu Nadeera berjudul ‘Bukan Lagi Kita’ kini berada dalam carta Top 20 Muzik-Muzik 39. Untuk mengundi, klik di sini.
Sumber: TikTok