berita

Tanda Syukur Kemenangan Di Pentas Big Stage, Nadeera Buat Doa Selamat Di Kampung

April 13th, 2024 | by Alia
Kini Trending

nadeera

Penyanyi, Nadeera pulang ke kampung ibunya di Kota Bharu, Kelantan untuk menyambut lebaran bersama keluarga.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jadi Penyanyi Ke Nak Jadi Pengemis?’ – Nadeera Sedih Dicemuh Netizen

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Nadeera Zaini Tak Pernah Bersengketa, Sentiasa Hormat Satu Sama Lain – ‘Kami Berdua Okay Saja’

Sederhana namun meriah

nadeera

Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama sebenar Farah Nadeera Zaini berkata persiapan hari raya tahun ini adalah secara bersederhana sahaja.

Dalam dua tahun juga tak balik ke Kelantan, tahun lepas saya beraya di Johor.

Untuk kali ini saya menyambut raya sekadar bersederhana sahaja macam tahun-tahun lepas juga.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata aidilfitri tahun ini akan disambut meriah berikutan sepupu terdekatnya bakal melangsungkan perkahwinan.

Yang paling saya teruja adalah sepupu saya akan berkahwin pada raya keempat. Jadi semua saudara mara akan balik.

Saya rasa tahun ini sambutannya agak meriah di kampung.

Nadeera berkata demikian pada majlis pelancaran single terbaharu berjudul Balik Raya, hasil kolaborasi bersama Indah Ruhaila dan Wani Kayrie yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nadeera memaklumkan bahawa dia akan mengadakan majlis kesyukuran di kampung halaman di atas kejayaannya merangkul gelaran juara Big Stage musim ke-5.

Mungkin saya akan buat doa selamat di atas kemenangan Big Stage tempoh hari.

Alang-alang jumpa ramai ahli keluarga di Kelantan, saya buat sekali.

SKIP THIS AD ×