berita

‘Kalau Join All Stars Gegar Vaganza Peluang Menang Lebih Besar Berbanding Famili Duo 3’

December 5th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

 

Shila Amzah

Seorang individu berpendapat sekiranya penyanyi Shila Amzah menyertai pertandingan All Stars Gegar Vaganza, peluang untuknya menang program tersebut lebih cerah berbanding menyertai Famili Duo 3.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Suara Shila Memang Power Tapi Kenapa Pakai Baju Avatar?’

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Riak Tapi Kami Akan Buat Yang Lebih Bagus Pada Minggu Final..’ – Adira & Emma Suhaimi

Masuk GV boleh menang?

Shila Amzah

Individu tersebut meluahkan pendapatnya di ruangan komen pada sebuah hantaran yang dimuat naik Shila di Instagram.

Kalau join GV All Stars pasti peluang Kak Sha (Shila) menang lebih besar berbanding Famili Duo 3.

Komen tersebut telah menyorot perhatian Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah.

Penyanyi berusia 31 tahun itu menjawab, segala yang berlaku merupakan takdir yang sudah ditulis Allah untuknya.

Semua tadkir sudah tertulis.

Pada perkongsian sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat rakan seindustri iaitu penyanyi Jaclyn Victor.

Terdahulu, Shila dan adiknya Shahir merupakan salah satu duo daripada enam pasangan yang menyertai program nyanyian Famili Duo 3.

Shila dan Shahir bagaimanapun terpaksa akur apabila gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.

Untuk info, konsert akhir Famili Duo 3 yang berlangsung ahad lalu telah menyaksikan duo adik beradik Sharif dan Syaiful Zero dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM100,000.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×