Seorang individu yang bekerja dalam bidang kewangan dan pengurusan harta iaitu Muhamad Dzul Ikram tampil bersuara mengenai kenyataan rumah pusaka yang dikeluarkan oleh adik lelaki sulung kepada penyanyi Shila Amzah, Amir Syafiq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’
Artikel Berkaitan: ‘Jujur Mak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila’ – Fauziah Sarman Sedih Kisah Dalam Kain Dicanang
Rumah atas nama kakak
Menerusi hantaran di TikTok, Dzul Ikram menekankan kediaman yang kini didiami oleh Fauziah Sarman, Amir Syafiq, Syada dan Amir Syahir di Hulu Langat adalah kepunyaan Shila.
Namun, Dzul Ikram mempertikaikan bagaimana Amir Syafiq boleh menuntut rumah itu sebagai rumah pusaka sedangkan Shila masih hidup malah segala pembayaran ditanggung oleh penyanyi tersebut.
Rumah atas nama kakak, dibayar oleh kakak dengan hasil pendapatan dia, maintenance rumah pun dibayar kakak.
Tapi adik beradik claim rumah itu rumah pusaka? Kalau kakak meninggal, barulah rumah itu jadi pusaka.
Adik beradik tak ada dalam faraid
Tambah Dzul Ikram lagi, adik beradik tidak tersenarai sebagai ahli waris yang berhak menerima pusaka.
Adik beradik tak ada hak langsung atas rumah itu sebagai waris faraid. Yang ada hak adalah ibu bapa, suami dan anak lelaki dia.
Itu pun bahagian untuk ibu bapa hanya 1/6, suami 1/4 dan baki dari harta itu dapat pada anak dia sebagai waris asobah.
Dalam pada itu, Dzul Ikram sekali lagi menegaskan pemilik nama Nurshahila Amir Amzah berhak untuk menjual kerana rumah tersebut atas namanya.
Kakak hidup lagi, apa yang rumah pusakanya? Jadi, dia nak jual ke tak, dia ada hak sebab rumah itu atas nama si kakak.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: TikTok