Mencatatkan 5516 kes dengan jumlah kematian 496 kes, Indonesia merupakan antara negara Asia Tenggara yang terkesan teruk dengan Covid-19. Namun, rakyat negara itu dilihat masih berdegil seolah tidak mengambil iktibar dengan peningkatan kes. Pemandu van jenazah, Muhammad Nursyamsurya merayu kepada warga Indonesia supaya akur kepada perintah kerajaan dan mengurangkan kes kematian.
Mangsa kian bertambah
https://www.instagram.com/p/B_BmtiqDntU/
Nursyamsurya ditemubual secara online oleh hos Najwa Shihab mengenai pengalamannya mengendalikan jenazah mangsa-mangsa wabak itu yang semakin meningkat. Menurutnya, ketika ini, dia menghantar puluhan jenazah setiap hari.
Apa yang dikesalkan lelaki ini, jalan-jalan raya sekitar kota Jakarta masih sesak. Petugas ini meluahkan niatnya jika diizinkan untuk menjerit meminta mereka di jalanan supaya berdiam diri di rumah.
Nursyamsurya juga menyeru rakyat senegaranya itu untuk mengikut nasihat pemerintah supaya berada di rumah. Tambah menyentuh hati, lelaki lingkungan 40-an ini turut merayu supaya warganya tidak keluar memenuhi jalanan kerana petugas sepertinya banyak mengendalikan kes kematian Covid-19.
Tolong kalian di rumah. Kalau kalian tahu berapa banyak jenazah kami makamkan setiap hari, pasti kalian akan sedih. Jenazah-jenazah itu tiada dihantar, tiada yang mendoakan, terus dimasukkan ke liang lahad. Saya minta tolong kepada masyarakat, tetaplah di rumah.
Sumber: Najwa Shihab