berita

‘Kalau Kenal Dia, Anda Tahu Itu Bukan Dia’ – Zynakal Sah Hidap Bipolar Mania

September 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, viral dengan isu seorang penyanyi BBNU didakwa bertindak diluar kawalan dengan mencekik seorang pekerja di stesen pam minyak di Ampang. Tindakan Zynakal itu telah menyebabkan dia disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda sebanyak RM2,800.

Ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi dan komposer ini mengalami penyakit Bipolar Mania yang boleh menyebabkan gangguan emosi berubah-ubah.

Hidap bipolar mania

Menurut rakan rapatnya, Syazwan Zanini berkata Zynakal menghadapi Bipolar Mania dengan itu dia perlu menjalani beberapa proses rawatan untuk pemulihan. Kini, penyanyi Terbang itu masih di tahan di wad psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain dari dirinya yang menggambarkan itu bukan dirinya.

Awalnya menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang.

Anda akan tahu itu bukan dia

Tambahnya lagi, buat masa ini keadaan Zynakal belum lagi stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka. Rakannya itu turut menafikan Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang.

Watak dua pelbagai dan kadang-kadang kita tidak faham dan cuba apa yang dia sampaikan dalam perbualan. Kalau anda kenal dia, anda akan tahu itu bukan dia.

Hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

Antara simpton Bipolar Mania ialah rasa gembira, lebih aktif dari biasa, masalah untuk tidur, rasa gelisah, cepat marah, melakukan sesuatu perkara berisiko dan bercakap dengan cepat.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×