Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi kepada pengikutnya di Instagram mengenai momen kali pertama dia melawat kubur Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Teruskan Amalan Arwah Siti Sarah, Pakaikan Shuib Stokin Sebelum Pergi Kerja
Artikel Berkaitan: ‘Tiap Hari Anak-Anak Order Nak Adik Tapi Tidur Sekatil Dengan Saya & Watie..’ – Shuib
‘Akak jangan marah kita tau’
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah binti Hanifiah berkata, ketika di kubur, dia meminta Allahyarhamah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Shuib jika benar mereka berjodoh.
Assalamualaikum akak, doakan kita dari jauh tau. Kalau memang kita lah jodoh suami akak, kalau memang kita boleh jadi isteri dan ibu yang baik buat anak-anak akak. Doakan semoga jalan ni dipermudahkan dan akak jangan marah kita tau.
Tambah Watie lagi, sehingga kini apabila mereka sekeluarga melawat kubur, anak-anak akan memberitahu Allahyarhamah bahawa Watie menjadi mereka dengan baik.
Ibu nanti kita jumpa. Ibu jangan marah mummy tau. Sebab mummy baik jagakan kitaorang.
Sementara itu, Watie juga sempat berkongsi momen pertemuan pertamanya bersama anak-anak yang sebenarnya dirancang oleh Shuib. Ujar Watie lagi, Shuib juga memintanya membeli hamster dan kura-kura untuk diberikan kepada Uwais, Talita dan Mateen.
Dia minta kita hantarkan bawah rumah. Masa ni kali pertama juga baru tahu alamat rumah dia. Sekali dah sampai, dia kata, ‘you kena bagi sendiri pada anak i’.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19. Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023.
Sumber: Instagram Watie Hanifiah