berita

‘Kalau Nak Masuk TV, Tolong Buka Niqab, Kalau Tidak…’ – Fynn Jamal Luah Dilema Wanita Berpurdah

April 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Fynn Jamal antara personaliti media sosial yang mempunyai pengaruhnya tersendiri di laman sosial. Bermula dengan kisah anaknya Arjuna yang menderita penyakit jantung satu ketika dulu, netizen mula mengikuti perkembangan semasa dirinya sekeluarga.

Fynn pada 2016 mengambil keputusan drastik dengan berpurdah. Pendedahan Fynn mengenai konflik terpaksa dihadapinya sebagai wanita berpurdah nyata mengejutkan ramai.

Minta netizen jawab soalan dengan jujur

Fynn dalam satu pos Instagramnya mengajukan soalan kepada pengikut dan meminta mereka menjawab dengan jujur persoalan itu. Ujarnya, dia mahu tahu adalah rakyat Malaysia tidak boleh menerima wanita berpurdah sehinggakan apabila jika dijemput stesen TV, purdah perlu ditanggalkan sebelum muncul di kaca TV.

Soalan random yang aku WALLAHI minta kalian jawab dgn jujur:
ya atau tidak. kalian (rakyat Malaysia) tidak boleh terima manusia berniqab.

Aku SERIUS mau tau. Sebab terlalu banyak kali stesen tv beri kata dua:

Kalau nak masuk tv, tolong buka niqab. Kalau tidak, maaf, kita terpaksa cancel.

Betul ke rakyat Malaysia tak terima purdah?

Katanya, walaupun telah ke set dan di saat akhir akan bersiaran, dia tetap diwajibkan untuk menanggalkan purdah kerana rakyat Malaysia kononnya tidak mahu melihat wanita berpurdah di TV.

Aku dah datang set ke, aku dah block date ke, live show akan mula lagi 3 minit ke;
off niqab or off the show SEBAB rakyat Malaysia tak mau lihat perempuan berniqab di tv.

So aku minta maaf terpaksa tumpang tanya, kalian (rakyat Malaysia) tidak boleh terima manusia berniqab, betul ke?

Yang ada masalah stesen TV

Orang tak boleh terima entah-entah fobia terlebih

Sumber: Fynn Jamal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×