berita

Kalau Nak Menghina, Baik Jangan Follow – Tasha Shilla

May 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-76

Siapa disini peminat setia Tasha Shilla? Rasanya pasti ramai yang sudah tahu mengenai kisah percintaan gadis ini bersama jejaka yang diberi nama Han bukan?

Dek kerana kisah percintaannya itulah, nama Tasha sering menjadi perbualan hangat beberapa minggu ini. Malah, apa saja yang dilakukan pasti akan mendapat kritikan dari peminat.

Walaupun tertekan dengan situasi yang melanda, Tasha tak mudah melatah sebaliknya dia mengambil pendekatan untuk menyekat peminatnya di laman sosial Instagram

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-62

Tasha ketika ditemui ditemui pada majlis pelancaran hLive baru-baru ini berkata dia rimas dengan kata-kata yang dilemparkan kepada dirinya. Malah, bukan saja dia, teman lelakinya turut terkena tempias yang sama.

Tipulah kalau tak rimas, Tasha sedikit tertekan dengan komen negatif di Instagram. Jadi saya terpaksa block mereka kerana bersikap kurang ajar. Kalau follow Tasha untuk menghina ke apa, better jangan follow.

Bagi tasha tentang hubungan Tasha, denga siapa tasha nak hidup itu hak Tasha. Tak perlu jaga hati peminat, mereka kena faham, kalau mereka minat Tasha, mereka kena terima diri Tasha seadanya dengan sapa Tasha nak dan bukan mengongkong. So far, keluarga merestui, itu sudah cukup buat Tasha.

Bukan itu sahaja, Tasha turut terkejut dan menafikan dakwaan kononnya dia menjadi penaja kepada perniagaan keluarga kekasihnya itu.

Dakwaan Tasha taja dia itu tidak benar. Keluarga dia ada perniagaan sendiri, sebenarnya, Tasha yang banyak belajar dengan dia pasal business.

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-74

Tasha berkata, dia dan kekasihnya kini sedang belajar untuk memahami dunia masing-masing sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Dalam perkembangan terbaru, Tasha kini baru saja habis penggambaran drama ‘Kasih Berbisik’ dan sedang mengikuti penggambaran drama ‘Maafkan Aku Tak Sempurna’.

 

SKIP THIS AD ×