berita

Kalau Nak Sentap, Sila Angkat Kaki Lambong – Sharnaaz Ahmad Beri Kritikan Pedas Pada Peserta The Band

May 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharnaaz-Ahmad2

Mungkin ada sebahagian daripada pembaca OHBULAN! yang pernah menyaksikan program realiti TV, The Band di Astro sama ada secara tak sengaja ataupun sebaliknya.

Adakah anda terhibur menonton rancangan berkenaan? Malangnya, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dilihat seperti tidak berpuas hati dengan peserta program The Band.

Menerusi Instagram petang semalam, Sharnaaz dilihat lantang meluahkan pendapatnya mengenai sikap para peserta program itu yang tidak boleh menerima nasihat dan kritikan.

Screen Shot 2014-05-22 at 14.23.31

Malah, Sharnaaz juga tanpa berselindung menyatakan rancangan tersebut amat menghampakan. Aktor itu turut mencabar ahli The Band untuk membuktikan kepada industri hiburan bahawa penglibatan mereka tidak sia-sia.

Bukan Sharnaaz seorang sahaja yang berpendapat sebegitu, nampaknya teguran pelakon tersebut juga disokong sebulatnya oleh sekelompok besar peminat di Instagram.

Sharnaaz Ahmad-3

Terdahulu, Sharnaaz juga menggelar The Band sebagai loser dan membandingkan program tersebut dengan rancangan Kilauan Emas yang jauh lebih baik.

Sharnaaz Ahmad-1

Wah, sampai begitu sekali marah Sharnaaz pada The Band. Harapnya program ini dan pesertanya boleh memperbaiki kelemahan mereka dan menjadi lebih baik kelak.

SKIP THIS AD ×