berita

‘Kalau Pelakon Lain Mau Masuk Melodi’ – Fezrul Khan Puji Sikap Profesional Fathil Dani, Netizen Tanya Carut Siapa Tu?

January 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon, Fezrul Khan menegaskan bahawa insiden dia mencekik seorang pelakon wanita dalam satu babak lakonan mereka yang viral baru-baru ini bukanlah insiden yang membahayakan nyawa. Ujar Fezrul, dia tahu selok-belok dalam dunia badan beruniform kerana pernah belajar serta berpengalaman berlakon babak-babak aksi.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Acah-Acah Bintang’ – Fezrul Khan Tuju Dekat Siapa Tu?

Terbaru, Fezrul memuji sikap profesional pelakon, Fathil Dani ketika menjayakan babak aksi.

Tak jadi isu besar pun

Kalau pelakon lain ni mau masuk Melodi lagi kena hempas, kena baling kena cekik. Lepas tu ‘play victim (jadi mangsa) dan attention (tarik perhatian). Make believe (membuatkan ia dipercayai).

Menerusi video yang dikongsikan, netizen dapat melihat aksi ‘ganas’ Fezrul ketika menolak Fathil ke dinding sehingga potret gambar di dinding terjatuh menimpa tubuh. Susulan daripada itu, Fezrul memuji sikap profesional Fathil yang tidak menjadikan ia satu isu besar.

Walaupun tidak ditulis secara jelas, rata-rata netizen mendakwa sindiran Fezrul itu sengaja ditujukan kepada seorang pelakon wanita. Ia berikutan luahan perasaan pelakon berkenaan yang kesal dan mendakwa dicekik oleh Fezrul ketika menjalani penggambaran sebuah filem.

Video

Sumber: Fezrul Khan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×