berita

‘Kalau Perform Depan Gua, Gua Boo Kuat-Kuat’ – Dihentam Damian VE, Aiman Tino Anggap Tidak Professional?

November 23rd, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Aiman Tino adalah antara bakat baru yang sedang bersinar dalam industri muzik sekarang. Lagu-lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai. Tontonan muzik video di Youtube boleh mencecah jutaan kali cukup membuktikan betapa berpengaruhnya nama Aiman Tino.

Namun percubaan penyanyi muda ini menyanyi rap mengundang reaksi negatif penyanyi VE dan komposer, Damian Mikhail. Damian mengecam lagu terbaru Aiman dan kakaknya Fara Hezel, Terasa Cinta menerusi akaun Facebooknya.

Kalau perform depan gua, gua boo kuat-kuat

Status yang dimuatnaik Damian pada Sabtu lalu itu secara sinis memerli rapper-rapper sedia ada tidak boleh cari makan dengan kemunculan lagu rap Aiman ini. Dia juga menyifatkan lagu berkenaan sebagai pencemaran dan penghinaan bagi industri muzik hiphop dan akan mengejek jika penyanyi muda membuat persembahan di depannya.

Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap

Saya pendatang baru, hanya mahu mencuba. Sepatutnya sebagai orang lama, Damian ada cara lebih baik untuk mengkritik.

Kalau cara saya tidak sesuai, boleh sahaja hubungi pengurus atau saya sendiri.

Saya tidaklah bodoh sangat tak pandai rap, asas itu memang ada. Saya juga pernah menjayakan persembahan ‘underground’ menyanyikan lagu rap sebelum ini.

Harian Metro melaporkan reaksi Aiman yang berpendapat Damian sepatutnya menyalurkan kritikan ke saluran lebih betul contohnya kepada pengurus atau dirinya sendiri. Dia juga mengatakan dia mempunyai asas rap dan pernah terlibat dengan persembahan underground genre muzik itu.

Damian tidak profesional

Aiman juga melabelkan tindakan Damian itu sebagai tidak profesional dan boleh mengundang kecaman di media sosial. Dia juga menegaskan percubaannya menyanyi rap bukanlah bermakna dia mahu memonopoli semua jenis muzik kerana baginya setiap genre tentunya mempunyai peminat tersendiri.

Ini respon Damian pula

Damian setelah melihat laporan berkenaan terus meluahkan pendapatnya mengenai Aiman. Dia menyifatkan Aiman lemah mental kerana tegurannya itu adalah cara orang lama menegur. Tegas tapi jujur adalah cara Damian dan satu industri tahu mengenai pendekatannya itu.

Damian juga sempat meminta maaf jika membuatkan Aiman terasa dan dia sedia memberi tips untuk rap jika penyanyi muda itu tidak sombong bertanya.

Sumber: Harian Metro , Damian Mikhail , Aiman Tino

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×